fbpx

Jangan Skip! Pelembap Muka Pun Penting Dalam Langkah Penjagaan Muka Anda

Penjagaan muka dah menjadi benda wajib bagi kita semua. Geng perempuan lah terutamanya! Ye dak? Tapi geng lelaki pun janganlah buat dek jer bab penjagaan muka ni, penting juga tau. Baru lah kulit muka tu sihat.

Kulit yang cantik dan flawless memang menjadi idaman semua orang. Sebab itu pentingnya untuk anda jaga muka dan ambil tahu langkah penjagaan dan juga kandungan yang ada dalam produk muka anda tu. Ada yang ambil tahu tak? Ke main bedal jer?

Ingat yer, jangan sampai terpakai produk yang mengandungi merkuri sudah. Mau jadi udang panggang nanti kulit muka tu. Eee, seram lah!

Biar Cantik Tanpa Mudarat

Anda harus bertanggungjawab dengan muka sendiri. Jangan sampai kulit muka rosak, terbakar atau mengalami masalah pigmentasi yang teruk. Kalau dah jadi macam ni, memang susah dah nak mengembalikan kulit ke keadaan asal selain kos rawatan yang amat tinggi.

Jadi gunalah produk yang tidak mengandungi bahan terlarang dan selamat digunakan. Barulah cantik tanpa mendatangkan mudarat.

Setiap produk yang anda guna mempunyai bahan-bahan yang boleh mencantikkan wajah anda. Tapi ingat, sebelum beli apa-apa produk, anda perlu kenal dulu jenis muka anda. Dan barulah boleh pakai produk yang bersesuaian.

Pelembap Muka Pun Penting!

Pelembap muka adalah salah satu produk penjagaan muka yang penting. Anda pernah tak check apa penjagaan muka yang betul untuk muka anda tu?

Pencuci muka, toner, Serum antioksidan, krim mata, pelembap, dan pelindung matahari adalah produk yang wajib anda gunakan setiap hari kalau nak muka sentiasa bersih dan cantik.

Jadi pemilihan setiap produk juga amat penting. Anda kena check juga adakah kandungan produk itu bagus atau pun tidak okay.

Untuk info anda, pelembap muka terbaik dapat mengekalkan kesihatan dan keanjalan kulit muka yang semakin berkurangan disebabkan faktor usia. Untuk bahasa mudahnya, tugas utama pelembap muka adalah untuk mengunci dan menyimpan kelembapan di wajah anda. Sebab tu penting untuk anda pilih pelembap muka terbaik.

Penghidratan 2x Lebih Dalam Pada Kulit!

Pelembap Neutrogena® Hydro Boost™ Water Gel adalah salah satu produk pelembap yang memberikan penghidratan 2x lebih dalam pada kulit!

Pelembap ini melembapkan kulit kering dengan segera sambil mengekalkan kelembutan, keanjalan dan menghidrat kulit sepanjang hari. Wow bestnya.

Bukan itu jer, tekstur gel-air yang ringan dan diformulasikan dengan hyaluronic acid ini dapat menyerap dengan pantas serta tidak meninggalkan kesan berminyak pada permukaan kulit anda.

Mengandungi Hyaluronic Acid

Pelembap Neutrogena® Hydro Boost™ Water Gel yang mengandungi Hyaluronic Acid ini dapat memberikan kesan hidrasi yang cepat dan bertindak sebagai span bagi kulit kering.

Ia juga mampu menyerap air berganda ke dalam kulit menjadikan kulit terhidrat dan kekal sehingga 72 jam! Dah tak payah risau kulit kering lagi bila anda pakai pelembap ini gais.

Kulit anda juga terasa lembut tanpa sebarang rasa melekit sebabnya ia mudah rata pada kulit anda. Kuantiti yang digunakan pun tak perlu banyak, hanya sedikit jer diperlukan untuk diratakan ke seluruh muka anda tu. Sesuai sangat digunakan pada waktu siang dan malam selepas muka anda dibersihkan.

Proses Wajib, Jangan Skip!

Jadi gais, jangan skip penggunaan pelembap muka ni tau. Anda boleh cuba Neutrogena® Hydro Boost™ Water Gel. Memang awesome hasilnya nanti!

Kalau anda nak tahu, selain anda mencuci muka, melembapkan kulit muka juga adalah satu proses wajib yer. Tak kisahlah kulit muka anda macam mana pun. Yang penting anda peka dan ambil tahu pelembap muka yang sesuai dengan jenis kulit anda!

Anda juga boleh usha step kat bawah ni kalau nak dapatkan muka yang sihat dan glowing!

Jangan lupa untuk lawati laman website di bawah untuk dapatkan pelembap muka Neutrogena® Hydro Boost™ Water Gel ini okay!

Shopee: Tekan LINK INI.
Lazada: Tekan LINK INI.
Watsons: Tekan LINK INI.