Hangat diperkatakan mengenai kempen Blockout2024, perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman yang mengingatkan orang ramai agar tidak keterlaluan dalam memboikot.
Menurut PU Azman, dia berpendapat boikot perlu dilakukan secara berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.
BACA: “Saya Dedah Kes PU Azman Sebab Takut Kepada Azab Allah”
“Jangan rasa terpaling Islam ketika memboikot, sehingga menafikan perjuangan orang lain. Di akhirat nanti, ada manusia yang membawa pahala yang banyak tapi akhirnya hilang begitu sahaja kerana sambil buat baik (salah satunya memboikot) lisan juga menyakiti hati orang lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, PU Azman turut menegur tindakan segelintir netizen yang membuta tulis menuduh seseorang itu menyokong Is**** tanpa mengetahui situasi serta tanpa asal usul.
“Lidah laju menyakiti, menuduh dan menilai orang lain menyokong Israel tanpa memahami situasi sebenar,” katanya.