fbpx

Jangan Lupa 3 Perkara Ini Jika Inginkan Percutian Yang Gempak

Setiap orang pastinya mempunyai destinasi percutian yang tersendiri. Tambahan lagi, apabila bercuti dengan orang tersayang dan percutian itu semestinya anda mahu menjadikan sebagai memori terindah anda.

Selain memilih lokasi percutian yang penuh dengan romantik, 3 perkara ini juga perlu ada bagi melengkapkan lagi percutian anda. Pastinya anda tidak akan menyesal apabila bawa bersama 3 perkara ini ketika bercuti.

1. Telefon Pintar Serba Canggih

Semasa bercuti, semestinya banyak lokasi menarik untuk anda rakam dalam sekeping gambar bukan? Tidak lengkaplah sesuatu percutian sekiranya tertinggal kamera untuk merakam gambar-gambar menarik di negara orang.

Tapi agak leceh bila telefon pintar anda mengambil masa yang lama untuk mengecas beteri. Tambah lagi bila berjalan jauh. Mana ada masa untuk tunggu bar bateri penuh.

Ini semua akan ambil masa yang lama dan menyukarkan lagi pergerakkan anda ketika bercuti.

Tapi kali ini dengan Huawei Mate 20 Pro anda tak perlu tunggu lama lagi untuk pastikan bateri telefon anda penuh.

Hanya 30 minit (70%) sahaja untuk anda penuhi bateri sebesar 4200mAh ini. Menarik bukan? Nak-nak lagi, Huawei Mate 20 Pro ini mempunyai paparan OLED 6.39 inci yang berikan anda kepuasan dalam bergambar.

Siapa tak nak kan, tangkap gambar banyak-banyak simpan buat kenangan. Bila sudah namanya kaki travel pasti mahu merakam setiap pelusuk tempat di negara orang.

Tambah lagi, tiga lensa kamera di bahagian belakang Huawei Mate 20 Pro pasti memberikan anda gambar yangawesome!

Percutian anda akan lebih indah dan selesa apabila anda tidak perlu padam satu gambar mahupun video yang diambil dengan kelengkapan aplikasi AI Color Portrait pada bahagian video yang mampu merakam setiap sudut pergerakkan dengan lebih tepat.

Dengan memilik 6GB memori dan storan sebesar 128GB pasti gambar anda yang dirakam oleh lensa 20 MP Leica Lens Ultra-Wide dengan bukaan f/2.2, ditambah pula dengan 40 MP wide-angle lens, OIS, HDR, serta dual-tone flash pastinya buat gambar anda lagi gempak.

Menarik lagi, percutian anda akan lebih awesome dengan Huawei Mate 20 Pro kerana ia turut hadir dengan Wireless Reverse Charging (15W) bertindak sebagai sebuah powerbank tanpa wayar.

2. Kekal Bergaya Ketika Bercuti

Penggayaan imej ketika bercuti juga memainkan mood yang penting tahu. Bukan hanya di pejabat sahaja anda smart.

Semasa bercuti pun anda harus kekal bergaya dan kelihatan awesome di sepanjang perjalanan percutian anda. Barulah seperti selebriti.

Jika sebelum ini, gambar percutian selebriti anda lebih mengutamakan handbeg kali ini apa kata anda jadi Matebook X Pro untuk dijadikan prop OOTD anda pun dah cukup bergaya.

Laptop yang sangat nipis dan ringan ini sangat sesuai untuk anda bawa kemana sahaja.

Tambahan lagi, keluasan skrin besar pada badannya meliputi 91% tetapi memiliki kuasa dalaman yang tinggi dengan ketebalan 14.6mm sahaja membolehkan anda melihat gambar OOTD anda dengan lebih jelas lagi.

Keupayaan pemproses yang lebih cepat dalam peranti Matebook X Pro ini juga akan menghasilkan satu paparan dengan sepantas kilat di samping memiliki inovasi teknologi.

Matebook X Pro ini juga sangat sesuai untuk anda yang gemar mencipta sesuatu rekaan kerana pada bahagian dalamnya mempunyai kuasa grafik yang sangat awesome.

Satu perkara menarik pada Matebook X Pro ini adalah ia mempunyai kameranya yang tersembunyi. Huawei menempatkan kamera web di dalam salah satu butang papan kekunci.

Kamera ini memiliki resolusi 1MP dan dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby ATMOS serta Moving Cinematic Experience.

3. Barangan OOTD Yang Gempak

Apabila melancong ke negara orang selain merakam keadaan sekeliling yang menabjukkan pastinya anda ingin juga merakam gambar OOTD anda bukan.

Jadi apa kata kali ini anda tampilkan kelainan anda dalam OOTD dengan mengayakan Huawei Watch GT yang super duper awesom ini.

Huawei Watch GT yang didatangi dengan dua pilihan model, Sport dan Classic sangat sesuai untuk anda tentukan gaya OOTD anda.

Nak-nak lagi beterinya yang bertahan sehingga 2 minggu ini buatkan anda lagi selesa mengaya jam serba mewah dan canggih ini.

Pengayaan OOTD semasa bercuti juga penting untuk anda tampil bergaya dan kacak ketika bercuti. Barulah boleh muat naik di laman sosial anda.

Meskipun sedang bercuti anda akan jadi seorang yang peka dengan setiap mesej yang diterima oleh telefon pintar anda. Apabila jam pintar ini bertindak alat notification yang paling power pada setiap hari anda.

Huawei Watch GT menggunakan skrin AMOLED 1.39-inci turut dilengkapi dengan sistem TruSeen 3.0 yang berfungsi memantau pergerakkan jatung anda dengan lebih baik.

Selain melengkapkan gaya OOTD anda dengan Huawei Watch GT, jam tangan pintar ini juga sangat sesuai untuk anda yang tidak gemar menanggalkan jam ketika melakukan aktiviti renang kerana ia bertindak memantau data renang sehingga kedalam 50 meter.

Dalam air pun boleh nampak bergaya juga tau jika anda merakam gambar anda di dalam air.

Dengan adanya ketiga-tiga ini akan membuatkan anda tampil elegen dan bergaya semasa bercuti tanpa memikirkan keadaan bateri yang akan musnahkan mood percutian anda.

Maklumat lanjut anda boleh layari Huawei untuk menanti pelbagai lagi keluaran mereka yang mampu membuatkan percutian anda super duper awesome!