Perkongsian pelakon Norreen Iman menjadi perhatian apabila memuat naik video bersama anak sulungnya, Ellen di akaun TikTok.
Menerusi video itu, Norreen mengenakan baju berwarna biru membuat tarian trend bersama anaknya.
BACA: Ditegur Depan-Depan Minta Pakai Tudung, Norreen Iman Hanya Senyum
Diruangan komen, ada yang menitipkan nasihat yang baik-baik buat Norreen untuk melihat pelakon itu kembali bertudung semula suatu hari nanti.
Tidak kurang juga, ramai yang terkejut melihat penampilan Norreen yang kini semakin kurus serta bertanyakan tips untuk menurunkan berat badan.
Terdahulu, Norreen berkata dia menyedari tindakannya itu tidak lagi berhijab adalah salah serta menerima segala teguran dan kritikan. Katanya lagi, sebagai manusia kita tidak boleh puaskan hati semua orang namun dia berharap akan menjadi insan lebih baik.