fbpx

“Jangan Bagi Kena Pijak Dengan Orang Ketiga” – Puteri Sarah

Berdepan kemelut rumah tangga, namun pelakon Puteri Sarah terus bangkit mempertahankan maruahnya selepas bertahun berdiam diri.

Baru-baru ini, perkongsian Insta Story Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memuat naik kiriman mesej diterima daripada seorang wanita yang bertanyakan tentang prosedur undang-undang terhadap orang ketiga.

BACA: Puteri Sarah Aman Penyondol Tak Boleh Ganggu Hidupnya

Menerusi entri itu, Puteri Sarah menasihatkan wanita di luar sana supaya tampil berani untuk mengambil tindakan dan tidak membiarkan kepala dipijak oleh orang ketiga yang menganggu rumah tanga mereka.

“Bertabahlah wanita-wanita di luar sana. Ramai mesej saya. Tolong ambil tindakan untuk diri sendiri. Jangan bagi kena pijak kepala dengan orang ketiga,” tegasnya.

Dalam mesej tersebut, individu yang tidak didedahkan identitinya itu berkongsikan rumah tanggaa bang dan kakak iparnya goyah kerana gangguan orang ketiga.

Difahamkan, individu itu mewakili kakak iparnya bertanyakan kepada Puteri Srah jika ada prosedur undang-undang sivil yang boleh dikenakan terhadap orang ketiga.

“Ada tindakan sivil. Kalau awak ikut kes saya, saya ambil dua tindakan undang-undang. Sivil dan syariah. Untuk sivil, saya dapat perintah injuksi sebab dia kacau tanpa henti,” jawab Puteri Sarah.

Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa lega kerana kes tersebut menunjukkan progres meskipun perlu menunggu lama dan hidupnya kini aman kerana tiada lagi gangguan pihak ketiga.