fbpx

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meminta bekas suaminya itu melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah kepada dua anak mereka.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada memuat naik paparan mesej bersama beberapa pihak menyatakan pelakon itu belum melunaskan bayaran persekolahan anak mereka.

BACA: Hafidz Roshdi Syukur Dapat Tawaran Berlakon

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Menurut Shuhada lagi, sepanjang tahun lalu dia bersama kedua ibu bapanya yang mengeluarkan wang sendiri untuk urusan sekolah anak-anak serta meminta bekas suaminya itu sedar mengenai perkara itu.

“Sepanjang perjalanan ni semua, saya Nurul Shuhada binti Mat Shukri yang tanggung semuanya, dibantu oleh kedua ibu bapa saya juga, untuk semua urusan, kalau anda sedar dengan hukum Allah dan sebagainya mohon taubat sebelum terlambat,friendly riminder to you,” tulisnya.

Kata Shuhada lagi, dia sudah menghubungi bekas suami secara peribadi namun tiada tindakan diambil. Shuhada turut mengingatkan Hafidz melunaskan nafkah memandangkan lelaki itu sudah kembali berlakon.

Sementara itu, Shuhada berkata tiada alasan periuk nasi tertutup kerana diri sendiri yang menjadi punca kepada masalah itu.

Shuhada berkata lagi, anak mereka tidak sepatutnya menanggung akibat dan pemilihan sekolah dibuat berdasarkan nasihat daripada pakar psikiatri untuk menjaga emosi mereka.

Dalam pada itu, Shuhada turut memberi pesanan kepada bekas suami supaya memberi nafkah kepada anak-anak daripada mahu menyamannya susulan pendedahan dibuat olehnya.