fbpx

Jalani Kursus Kahwin Usia 35 Tahun, Watie Akur Jadi Peserta Tertua

Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi pada 23 Jun depan.

Baru-baru ini, Watie dilihat ada memuat naik perkongsian mengikuti kursus kahwin sebagai persiapan menuju hari bahagianya tidak lama lagi.

BACA: “You Tak Malu Kan Terbawa I Masuk Televisyen?” – Watie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menerusi perkongsian itu, Watie turut berkata dia merupakan peserta tertua berbanding dengan peserta lain yang mengikuti kursus berkenaan.

Bagaimanapun, Watie berkata dia percaya bahawa Allah sudah aturkan yang terbaik dalam kehidupannya meskipun lambat.

“Peserta Tertua. Takpelah kata orang, yang lambat tu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat. Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat..Eh!” tulisnya.

Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mendoakan agar urusan Watie dan Shuib dalam menuju hari bahagia mereka dipermudahkan.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman wanita itu di Shah Alam.