fbpx

Jaga Mak Ayah Ni Syurga, Tak Sangka Dapat Emas Nilai RM7 Ribu!

Betul lah orang cakap, jaga mak ayah ni ganjarannya pahala. Rezeki pun mencurah-curah masuk. Bukan nak cakap kosong, baru-baru ni kami menyaksikan sendiri insan terpilih ini berjaya dapat gelang emas seberat 22 gram yang bernilai RM7 ribu!

Qurratul Aini Zulkifli antara followers CekYana yang bertuah itu. Tak siapa pun nak sangka dengan hanya follow CekYana, founder rempah Odeen Viral Cekyana, dan sentiasa berada dalam FB live CekYana semasa buat lucky draw, namanya disebut untuk menerima hadiah yang tak disangka-sangka.

Harga gelang emas tu pun bukan calang-calang harga tu bhai. Kalau nak pergi beli sendiri pun belum tentu sampai lagi kaki di kedai emas tu weh. Nak pulak tengah-tengah lockdown ni kan.

Huntong Lah!

Tudia lah orang cakap untung manusia ni kita tak boleh nampak. Bila dah menang sesuatu tu, memang sengih sampai telinga! Best gila weh.

Kami yang tengok pun teruja bila Qurratul Aini Zulkifli menang hadiah gelang emas mahal.

Dalam perkongsian Qurratul Aini di Facebooknya, dia sendiri pun tak menyangka yang akan menang hadiah gelang emas tu.

“Doa seorang ibu, elok mak komen macam tu terus CikFarah sebut nama. Tipu la kalau tak sebak, dari awal live smpai habis setia tengok live CekYana. Lepas kol ja CikFarra dan CekYana terus mak call teriak, anak dia bertuah dapat rezeki dari CekYana…

“Sebak wei tak pernah dapat hadiah jumlah besar macam tu, biarla org nak cakap apa. Memang syukur sangat Allah detikkan hati CekYana pilih nama Aini. Terima kasih yang mana ucap tu, terima kasih sangat.”

Alahai kita yang baca pun terharu kan? Doa mak ni betul-betul power lah! Asbab jaga mak ayah dia, dapat gelang emas percuma. Hungtong betul.

Terima kasih juga pada CekYana yang tak putus-putus membuka ruang kepada mereka untuk cuba nasib. Rezeki yang dia dapat tak pernahnya dia kedekut. Sebab tu rezeki mencurah-curah untuk CekYana dan team.

Lucky Draw Khas Untuk Followers!

Sebenarnya lucky draw ini dah dilakukan CekYana dan teamnya sejak 7 Mac lalu lagi. Memang khas untuk semua followers Facebook CekYana ni.

Kalau anda nak tahu, seminggu tu diorang umumkan 2 pemenang untuk lucky draw yang dibuat secara live di Facebook CekYana.

Ha pada korang yang nak cuba nasib tu, usha-usha lah FB CekYana. Mana tahu rezeki!

Memang tak dapat dinafikan hadiah yang CekYana bagi betul-betul padu weh. CekYana beri 25 utas emas untuk followersnya khas untuk sesi lucky draw ini tau.

Moga mencurah-curah lagi rezeki diberikan pada CekYana! Psstt, kami nak pergi follow rapat FB CekYana jap, korang tunggu apa lagi? Marey!