fbpx

“Jadi Pondan Tak Penat, Jangan Pura-Pura Alim Tapi Menonggeng”

Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Baru-baru ini, menerusi sesi live Sajat ditanya sama ada dia penat hidup sebagai seorang pondan. Sajat berkata dia tidak penat menjadi pondan kerana itu lebih baik daripada berpura-pura.

BACA: Pakai Skirt Pendek & Bra, Sajat Menari Buat Show Di Australia

“Jadi pondan tidak penat. Jangan jadi pura-pura alim, pura-pura baik barangkali dia yang menonggeng,” katanya.

Menurut Sajat lagi, perlu berpura-pura berlagak menjadi seorang ‘jantan’ dihadapan khlayak ramai dan sentiasa ‘control’ sedangkan lelaki itu sebenarnya ‘sebaliknya’ adalah lebih penat.

“Orang yang penat control jantan, pura-pura sado, menonggeng.. haa, itu lagi penat bermuka-muka. Macam ni (pondan) tak ada, tak kisah.

“Penat dik, dia nak kena control, ikut firasat.. bila dengan perempuan saja kena jadi maskulin, bila dengan lelaki terus jadi lain ‘ bukan Syamsul dah tapi Syamsiah’,” katanya.

Sebelum ini, Sajat berkata dia tidak sabar untuk pulang ke Malasia selepas dua tahun menetap di Australia. Sajat sempat berseloroh mengatakan pasti ramai peminat di Malaysia tidak sabar untuk bergambar dengannya serta mangatakan dirinya artis nombor satu.