fbpx

Jaclyn Victor Hadiahkan RM200,000 Untuk Anak-Anak

Tahun 2022 dan 2023 sememangnya tahun yang terbaik buat penyanyi Jaclyn Victor kerana bukan saja bergelar juara Gegar Vaganza musim kesembilan tetapi Juara All Stars Gegar Vaganza.

Jika tahun lalu Jaclyn membawa pulang RM100,000, tahun ini penyanyi itu membolot RM210,000 selepas menewaskan tujuh peserta lain pada Ahad lalu.

BACA: Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza, Bawa Pulang RM200,000

Memetik Media Hiburan, Jac berkata duit berkenaan akan dimanfaatkan untuk masa depan anak-anaknya. Menurutnya, wang kemenangan tahun lalu tidak dibelanjakan langsung olehnya.

“Sama seperti di GV9, saya akan masukkan duit kemenangan ini ke akuan anak-anak saya. Saya tak belanja langsung duit kemenangan yang lepas. Semua ke akuan mereka.

“Sebagai penyanyi, kadang kala kehidupan kita kais pagi, makan pagi. Kita tiada pendapatan tetap setiap bulan. Anak-anak saya masih muda, jadi saya kena buat persediaan awal.

“Kita semua tahu betapa kerasnya kita bekerja selama 12 minggu ini. Saya sudah berjanji kepada diri sendiri dan tanpa berfikir panjang, ini semua buat mereka,” katanya.

Sementara itu, Jaclyn berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk bergelar juara sebaliknya hanya mahu memberikan persembahan terbaik.

“Semua orang tahu saya muda stres. Bila stres, ia jelas terlihat di wajah saya. Jadi lebih baik saya tidak meletakkan sebarang sasaran terutamanya untuk mendapat nombor satu. Saya hanya nak buat persembahan terbaik,” katanya.