fbpx

Jaa Sazuran Akui Diri Tak Sepadan Dengan Melissa Th’g

Ramai menyangkakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan penyampai radio Melissa Th’ng, bagaimanapun, Jaa Suzuran berkata mereka hanya berkawan baik sahaja.

Menurut Jaa lagi, dia masih lagi belum mempunyai kekasih dan masih mencari pasangan untuk dijadikan sebagai calon isteri. Katanya lagi, dia berharap dapat bertemu wanita yang dapat memenangi hatinya tahun ini.

“Saya sama saja macam sebelum ini masih single, masih lagi tidak berpunya tapi tengah berusaha untuk mencari, belum sampai masanya lagi.

“Mungkin masa saya masih bersama dengan family tapi InsyaAllah tahun ini kita cari sampai jumpa,” katanya.

Dalam pada itu, Jaa berkata dia sememangnya rapat dengan Melissa namun mengakui dirinya tidak sepadan dengan gadis itu. Katanya, Melissa seorang gadis yang cantik namun hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan sahaja.

“Status saya dengan Melissa hanya berkawan sahaja, memang rapat dan senang bekerja dengan dia. Melissa ni memang la sesuai, dia ni cantik dan baik orangnya. Tapi kena la faham saya kan jenis kampung sikit tak sesuai la kot,” katanya.