Tahniah diucapkan buat pelakon Izreen Azminda yang selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan pada 24 Julai lalu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Izreen memaklumkan dia menimang cahaya mata lelaki seberat 3.02 kilogram yang diberi nama Adika Yusuf.
BACA: Berat Badan Naik Dari 50Kg Ke 80Kg, Izreen Azminda Hitung Hari Bersalin
View this post on Instagram
Menerusi entri itu, Izreen turut berkongsikan beberapa keping gambar anaknya itu serta sempat berseloroh mengidamkan anak perempuan pula selepas ini.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.