fbpx

Berat Badan Naik Dari 50Kg Ke 80Kg, Izreen Azminda Hitung Hari Bersalin

Perkongsian pelakon Izreen Azminda menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya di Instagram yang kini sedang berbadan dua dan menunggu masa untuk melahirkan.

“Sudahlah Bersara Tanpa Simpanan, Kerja Fast Food Pun Kena Buang Kerana Boikot”

"Minta maaf Pak Tam, outlet kita kena tutup hujung bulan ni sebab sales makin kurang," itulah kata kata yang meremukkan hati Rustam Ramli, 61 tahun atau lebih senang dipanggil Pak Tam dikalangan rakan sekerjanya yang...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian itu, Izreen sempat berseloroh mengatakan bentuk badannya berubah dengan ketara sejak hamil anak keempat.

BACA: Intan Saleh Syukur Ude Tarik Semula Kes, Izreen Azminda Nak Teruskan Saman

Diruangan komen, Izreen dilihat ada menjawab pertanyaan netizen berat badannya mengalami kenaikan mendadak dari 50 kilogram kini mencecah 80 kilogram. Isteri kepada Ude Wahid itu turut berkongsikan di bakal melahirkan cahaya matanya itu pada bulan Julai ini. 

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar segala urusan Izreen dipermudahkan termasuk ketika bersalin kelak.

Izreen mendirikan rumah tangga dengan Ude Wahidpada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan pengarah Muhammad Riza Baharudin pada 2012 namun berpisah pada 2014. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.

SUMBER: Ohmymedia