fbpx

Semalam ketika berlangsung'nya majlis bertemu peminat untuk calon calon Anugerah Skrin 2011, kami berkesempatan untuk bertemu dengan Johan Asari & Izreen Azminda.

Hujung minggu ini memang milik selebriti muda ini berdua kerana hampir semua media menjadikan isu mereka sebagai tajuk berita utama — kami lompat sekali untuk turut serta.

Dalam temubual kami bersama Izreen Azminda, beliau meluahkan rasa terkilan dengan sikap Johan Asari yang masih enggan mengaku yang mereka pernah bercinta lebih empat bulan.

Johan Asari & Izreen Azminda bertemu mata di majlis yang sama namun suasana antara mereka berdua agak tegang apabila si gadis sedikit pun tidak mahu memandang wajah pelakon lelaki yang sedang hangat itu.

Mungkin kerana terlalu terkilan akan tindakan Johan Asari dan Izreen Azminda mengakui yang beliau mempunyai sebuah video yang membuktikan Johan Asari pernah meluahkan kata kata cinta terhadap diri'nya.

Namun apabila kami minta untuk melihat sendiri video yang di'maksudkan, Izreen Azminda berkata belum sampai masa kerana masih memberi peluang kepada Johan Asari untuk mengakui hubungan

mereka berdua.

zp8497586rq