Mengadakan majlis persandingan besar-besaran setelah setahun bernikah, Izreen Azminda menjelaskan ianya bukanlah majlis perkahwinan tetapi sesi fotografi yang ditawarkan penaja yang menaja sepenuhnya majlis itu.
BACA: Aksi Makan Bersuap Izreen Azminda, Suami Jadi Perhatian
“Itu bukan majlis kahwin tetapi acah macam majlis sebenar. Ia hanya sesi fotografi untuk kenangan saya dan suami. Jadi, janganlah fikir yang bukan-bukan pula. Saya sudah jangka perkara ini mesti kecoh. Malah, ada yang tuduh bukan-bukan”
“Ingin dijelaskan, penaja mahu sesi fotografi dibuat seperti majlis perkahwinan sebenar iaitu malam berinai, nikah dan resepsi. Apatah lagi selepas berkahwin tahun lalu saya tidak pernah ada gambar rasmi perkahwinan”
Perkongsian gambar-gambar persandingan mereka di Instagram semalam turut menimbulkan tanda tanya mengenai keluarga Ude Wahid yang tidak hadir. Hingga ada dakwaan mengatakan keluarga Ude memboikot ‘majlis’ tersebut.
“Kalau perasan mana ada gambar tetamu dimuat naik. Secara logik, kalau majlis sebenar mesti saya letak sekali gambar keluarga. Mustahil saya tidak menjemput mereka ke majlis saya jika betul ia diadakan,” jelasnya.
Begitu rupanya, manalah tahu Izreen dan suami ingin bersanding semula selepas benikah seperti Shuib dan Siti Sarah. Kami kongsikan sekali gambar-gambar di sekitar majlis Izreen yang mempunyai tiga persalinan baju! (rtky/w)