fbpx

Aksi Makan Bersuap Izreen Azminda, Suami Jadi Perhatian

Nampaknya rumah tangga pelakon sensasi Izreen Azminda dan pemuzik Ude Wahid masih lagi menjadi perhatian dan bualan netizen walaupun kontroversi melibatkan suami dan bekas madunya, Intan Liana sudah pun reda.

Namun baru-baru ini, nama Izreen sekali lagi menjadi perhatian apabila dia memuat naik video  menunjukkan betapa manja suaminya sehingga makan pun mahu isteri tercinta suapkan.

BACA: Netizen Kecam Izreen Azminda Tak Jaga Hati Bekas Madu

https://twitter.com/intanmohamadx/status/1030281181336494080?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1030281181336494080&ref_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2F

Namun seperti biasa video tersebut dikritik oleh netizen yang mengatakan Izreen sengaja meraih perhatian dan mahu menunjuk kemesraan mereka suami isteri. Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa menyampah dan meluat. Maklumlah, masyarakat Malaysia terutama golongan wanita memang pantang mengenai isu perampas.

Bagaimanapun, mungkin sudah masak dengan perangai netizen, sehingga kini Izreen masih lagi menutup ruangan komen.

Kalau ikutkan tiada salahnya untuk Izreen kongsikan aksi mesra mereka, namun mungkin netizen sendiri masih tidak boleh lupakan kontroversi mereka sebelum ini.