fbpx

Izreen Azminda Bengang Dituduh Sombong

Menerusi akaun Instagram miliknya, Izreen Azminda kelihatan bengang dengan tindakan salah seorang peminatnya yang mendakwa beliau seorang yang sombong dan suka merendah-rendahkan para peminatnya. Dengan itu, Izreen tampil memberi penjelasan tentang perkara itu.

BACA: Izreen Azminda: Susah Kalau Bercinta Lelaki Muda

Screen Shot 2016-04-18 at 10.55.58 AM

“Wow cik puan, puan sri, datin sri, datin paduka or dato jgn cakap sebarangan taw, tak baik saya rasa saya salah seorg anak seni dalam beribu2 yg ada dalam msia ni yg terpaling susahnya nk tolak, kata tak boleh kalo ada peminat nk ajak amik gambar, bertegur ker mmg jarang jadilah”

“Apatah lagi nk kondem or marah peminat, rasanya kwn2, org2 tempat kerja, ataupun org luar yg kenal n penah jumpa saya ni belum lagi saya dengar diaorg kata saya kerek. Kalo gila2 cakap byk tu dah mmg selalu dengar, kerek tu belum lagi. Awak kena ingat eh artis manusia jugak taw bukan sejenis alien yg turun dari dunia lain nk senyum smpi telinga 24jam yg tak pasal2”

“Sesapa jer kalo jumpa tegur mcm biasa saya okay shj. Kadang2 boleh siap bersembang lagi kalo saya tak rushing, jd jgn nk timbulkan cerita yg mmg tk best langsung nk dibaca tengah hari panas ni, apa kata pi beli aiskrim ka pi swimming ka atau pi tdoq sj dari dok cari pasai tak pasai2 ni,” jelasnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, rata-rata peminat Izreen menafikan dakwaan tidak berasas itu dengan menjelaskan bahawa beliau merupakan seorang artis yang sangat peramah dan sukar menolak ajakan peminat untuk bergambar. Malah ramai juga yang turut memenuhi ruangan komen selebriti itu mengecam tindakan individu terbabit. (rkty/w)