fbpx

“Izara Dibesarkan Dengan Keluarga Moden, Tapi Solat Tak Tinggal”

Penghijrahan pelakon Izara Aishah yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan netizen yang turut gembira dengan perubahan tersebut.

Baru-baru ini menerusi perkongsian video dimuat naik seorang pengguna TikTok, Izara menjawab persoalan mengenai tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

BACA: “Tu Bayi La Lahan*t, Mereputlah Kau Dalam Neraka” – Izara Aishah

“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai saja. Nak buka, bukalah. Bila nak pakai, pakai saja. Tapi bila dah pakai pahalanya cukup dasyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat.

“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam Al-Quran yang Allah pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah will guide you,” katanya.

Sementara itu, Izara turut berkongsikan cerita apabila melihat perubahan keluarganya yang mula menutup aurat membuatnya bersyukur.

“Izaa dibesarkan dengan keluarga yang moden, tapi masih religious. Moden tapi solat tak tinggal.

“Tapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat. Lama-lama bila umur meningkat kita akan sedar sendiri. Slow-slow tak perlu risau,” katanya.