fbpx

Izara Aishah Suka Bersolek, Bersiap Cantik-Cantik Walaupun Duduk Rumah

Pelakon Izara Aishah memberitahu sikap menyayangi diri sendiri atau ‘self love’ adalah perkara sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Kata Izara lagi, dia gemar berhias diri, bersolek dan bersiap cantik-cantik meskipun hanya duduk di rumah kerana ia mampu membuatkan dia gembira.

BACA: Izara Aishah Pelik Ramai Instafamous Jadi Pelakon

“Self love amat penting untuk diri kita sendiri, tambahan pula di waktu seperti sekarang, kita kena tahu cara untuk buat diri sendiri gembira.

“Saya suka buat diri saya gembira dengan bersolek cantik di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya di depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira, saya ni kuat berangan orangnya,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Izara dalam sesi live produk BeauRaya baru-baru ini yang turut disertai ibu mertuaya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan pengacara Hawa Rizwana.

Berkongsi mengenai kariernya, Izara berkata dia meletakkan sasaran untuk memenangi lebih banyak anugerah di masa akan datang.

“Bercakap mengenai pencapaian, Insya-Allah, saya mahu menang lebih banyak anugerah dalam bidang lakonan selepasini, saya pun amat mencintai bidang ini.

“Saya juga mahu jadi seperti Mak Iti yang sudah banyak menang anugerah sepanjang penglibatannya dalam industri seni,” katanya.