fbpx

Izara Aishah Mengaku Ada Teman Lelaki

Dayummm! Selebriti dan pelakon wanita remaja yang sedang meniti populariti ini mengakui yang haitnya sudah di’miliki seseorang & mereka berkenalan sejak kecil lagi.

Bercakap secara eksklusif kepada Media Hiburan semalam, Izara Aishah yang kini berusia 20 tahun mengakui yang beliau kini memiliki teman lelaki bergelar ahli perniagaan.

“Izara mengaku yang sebenarnya Izara sudah lama mempunyai teman lelaki. Usia kami hampir sebaya dan dia merupakan seorang ahli perniagaan, bukannya kerabat,” ujar Izara Aishah.

Berkenalan sejak sekolah rendah lagi, Izara Aishah mengatakan yang hubungan mereka mula jadi rapat selepas beliau tamat persekolahan di Tingkatan Lima. Oh lucky guy.

“Izara sebenarnya takut kalau peminat sendiri yang ternampak dengan Izara bersama teman lelaki. Jadi adalah lebih baik jika Izara mengaku terlebih dahulu sebelum orang ramai membuat pelbagai spekulasi,” tambah Izara Aishah lagi.