fbpx

Izara Aishah Hamil Anak Kedua, Dijangka Bersalin Bulan Depan

Perkongsian pelakon Izara Aishah menjadi perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua dan dijangka bakal melahirkan cahaya mata kedua pada Oktober depan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Izara menerusi Instagram miliknya sebentar tadi berserta beberapa keping fotonya menampakkan baby bump.

BACA:“Tu Bayi La Lahan*t, Mereputlah Kau Dalam Neraka” – Izara Aishah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial)

Difahamkan, foto dikongsikan oleh Izara itu adalah ketika dia menghadiri majlis pelancaran kereta mewah jenama Roll Royce di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai penampilan Izara ketika bercuti bersama keluarga menerusi foto dikongsikan oleh Tya Ariffin apabila netizen mendakwa pelakon itu sedang hamil.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia kini berusia 3 tahun.