“Isu Tayang Wajah Anak, Pilihan Masing-Masing”
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai segelintir selebriti tanah air yang memilih untuk tidak berkongsikan wajah anak mereka kepada umum atau menutup dengan menggunakan sticker emoji.
Rata-ratanya yang berbuat demikian untuk mengelak penyakit ain atau gangguan disebabkan pandangan mata serta perasaan iri hati.
BACA: Kongsi Video Di Tanah Suci, Netizen Sebak Dengar Luahan Siti Nurhaliza
Memetik Kosmo, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat setiap ibu bapa mempunyai hak untuk berkongsikan wajah anak atau tidak kerana baginya pasti mereka mempunyai sebab berbuat demikian.
“Bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing sebab setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan. Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing,” katanya kepada Kosmo!
Dalam pada itu, Siti berkata sebagai orang luar mereka tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan orang lain.
“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dan usahlah dipertikaikan,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
tokti kena tayang sebab susah nak dapat anokkk
betul tokti cakap hak masing2..dia bagus tak sibuk hal org…kakM tu kaya takde class lain..tokti ni org kutuk pun dia relax, si shila amzah yg sombong tu kutuk dia dulu pun dia senyap..ni baru class, duit tak boleh beli class kakM
tokti masa ank kluar dlu pn tak sibuk tayang anak. Org yg sibuk tnjuk gmbr aafiyah smpi tokti n dato k kecik ati. Tk phm jns org yg tak reti hormat pvcy org lain. P lantak depa la nk tayang ke, nk show off ke. nk sorok ke. adoi
Dlm zaman media sosial ni semua org sibuk citer psl hak mrk. Abis hak netizen kena wajib jd bodoh ke apa?! Kena terima buta2 hak retis2 ni nk cipta kontroversi dan raih populariti?! Kira jugak ada hak utk hantam mrk sbb masing2 ada pendapat atau pendirian mrk sendiri. Hanya kerana mrk retis x bermakna mrk je ada hak utk pos sesuka hati sdg kita semua ada hak utk respon atas segala yg mrk pos!!!!
BT bodoh jela. Bln artis nk mntk pndpt netizen pun bab tayang2 anak2 ni. netizen lbh2. Menyibuk sgt. aku ni tkdela taksub artis sgt. Tp aku pun tak kisah dorg nk BT apa. Kita pndg, kita lihat, kita diam. Tak perlu nk judge hak org lain. *Facepalm*
Anak siti yg 2nd ni rupa comel ckit. ikut belah bapak