Isu Penyondol Rumah Tangga Ibu Bapa, Shila Amzah Belum Sedia Nak Komen
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan identiti seorang wanita serta nama penuhnya didakwa menjadi penyondol rumah tangganya.
Memetik Harian Metro, penyanyi Shila Amzah yang juga anak kepada pasangan itu belum bersedia untuk membuka mulut mengenai isu berkenaan.
BACA: Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penyondol Di IG?
Menurut pengurus peribadi Shila iaitu Aina Shuhaida berkata penyanyi itu memohon maaf serta meminta sedikit masa untuk mengeluarkan kenyataan.
“Saya baru menghubungi Shila dan bertanya keadaannya. Bulan puasa ini dia banyak berehat. Saya pun jarang jumpa dia, manakala Shila pun jarang keluar ke acara-acara yang berlangsung sepanjang Ramadan.
“Apapun bagi kami rujuk kepada pengurusan terlebih dulu sebelum keluarkan kenyataan kepada semua pihak,” katanya.
Semalam, perkongsian Fauziah menjadi bualan ramai sekaligus mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah madunya.
Difahamkan, wanita bernama Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan suaminya, ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.
- SUMBER
- harian Metro
Wow tajuk tak menarik tapi bila scroll ghupenye…
tgk artikel ni patu tgk post mak shahila .. double check nama yang dorang tulis. eh serious lahh.. kawan baik jadi mak tiri.. ? Ya Allah.. macam macam ye boleh berlaku kat dunia ni…
Kalau rakan sekolah jadi mak tiri pun, apa salahnya? Bukan sumbang muhrim. Sepatutnya turut gembira bapa turut dapat kebahgiaan dengan rakan sekolah.
Tengok series di TV, “House of the Dragon”. Kawan baik puteri Targaryen kemudian kahwin dengan raja, iaitu bapanya. Tapi bertahun kemudian jadi perang besar.
Apa-apa pun, kalau keluarga ND Lala matang dan hadapi dengan bijaksana, takde apa-apa pun. Nak buat macamana, ND turut nak rasa yang lain.
Roma ni ala ala Rahim Plug pulak
kan? tak kena dekat diri sendiri boleh la cakap takpe apa salahnya bla bla bla.. normal lah manusia rasa kecewa benda yang dia taknak berlaku jadi dekat dia..