Isu Panggilan Kakak, Elfira Loy Belum Biasa Dipanggil Mama
Sebelum ini Elfira Loy mengakui masih tersasul membahasakan dirinya sebagai kakak dan seakan tidak percaya bahawa kini sudah menjadi ibu. Mengulas mengenai isu tersebut, Elfira berkata perkara itu bukanlah perkara serius yang perlu diviralkan.
Jelasnya lagi, anaknya itu adalah kehadiran bayi pertama dalam keluarga dan masih cuba untuk menyesuaikan panggilan baru kerana sudah terbiasa dengan panggilan kakak sebelum ini.
BACA: Elfira Loy Dedah Rahsia Turun 17 Kg Lepas Bersalin
“Mengenai isu itu, tiada apa-apa serius yang perlu diviralkan, ahli keluarga saya semuanya sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam keluarga kami. Saya tidak pernah ada anak buah dan tidak pernah dipanggil ‘mama’ atau ‘aunty EL’.
“Selama baby dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing saya dan bahasakan diri sebagai kakak. Perkataan kakak tu sudah terbiasa membuatkan saya selalu gunakan perkataan itu,” katanya.
Hampir dua bulan bergelar ibu, Elfira Loy berkata dia tidak menghalang sesiapa sahaja yang mendekati anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf dan lebih memilih untuk menjaga hati.
Bagaimanapun, Elfira berkata dia agak risau dan masih menitik beratkan kesihatan anaknya, namun ibu bapa perlu lebih bijak memainkan peranan dalam menjaga kebersihan anak masing-masing.
“Tak adalah setiap kali orang datang nak peluk cium dia saya nak kena beritahu pasal benda itu atau menghalang mereka. Benda begini sudah berleluasa dan mereka semua pun dah tahu baby masih fragile dan kita tak tahu kalau dia ada kulit sensitif atau apa.
“Saya cuma harap mereka faham dan ada saja yang datang, pegang dan cium dia tapi kalau saya cakap nanti buat mereka sakit hati pula. Jadi apa yang selalunya saya buat, terus cuci tangan dan muka anak saya,” katanya
- SUMBER
- mStar Online
Mengada2 laa ko ni. Ramai jer org muda2 kwin xde laa nk rasa kekok ke nk jd mama ke ibu ke mak ke…
Nak selalu keluar dlm socmed jgn mengada9.
Ramai juga yg beranak umur 14 tahun tapi tidak minta puji begini.
Mereka ingat mcm mana hamilkan anak manusia bukan anak kucing siam.
Simpan sikit bodoh sombong minta puji tu untuk menantu dan anak2 yg lain itu pun kalau nak jadi emak lagi
Emmm..ni mengada namanye..aku umur 21 tahun dah jd mak..gelar je la mama..anak kot..rasa teruja nak gelar diri mama ke anak..klu gelar kakak tu macam x sedar diri je..
Ada juga yg lahirkan anak suruh anak panggil kakak sebab keluar sdh. Takut malu
Lagi sorang artis bimbo meleisia. Noob
My son still call me kakak smpai la dia dah masuk 5thn. U know why. . Sbb upin ipin. Terjebak dengan panggilan kakros tu. Budak budak kan.lepas sekolah dah xpanggil kakak dah.hehehe.chill la el. Kalo netizen dok mengata tutu jeles ahh tu
Tak tau pula anaknya mcm upin ipin belum pandai bercakap.
Kesiannya anak tu tentu jadi boboiboy atau ejen ali juga tak ada emak