fbpx

Isu Khalwat: Miera Liyana Kasihan Dengan Shah Jaszle

Berikutan dari isu ditangkap khalwat, bekas kekasihnya yang juga pelakon, Miera Liyana turut bersimpati dan terkejut setelah mendapat tahu berita Shah Jaszle ditangkap bersama seorang wanita di Apartment Sri Subang minggu lalu.

Tidak menyangka berita yang disampaikan oleh salah seorang wartawan yang cuba menghubunginya untuk mendapatkan komen Miera Liyana memberitahu it adalah satu pengajaran untuk Shah Jaszle.

“Saya kesian dengan dia as a friend dan juga tunangnya yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini, its a learning process for him lah.”

“Saya tak nak komen lebih sebab saya dan dia hubungan kami sudah lama putus dan kini saya bersimpati dengan dia sebagai seorang kawan, tidak lebih dari itu.”

Ujar Miera Liyana, apa yang dilakukan Shah Jaszle adalah perkara yang mengejutkan dan tidak menyangka akan terjadi kepadanya.

Menurut Miera lagi dia dan Shah tidak lagi berhubung selepas hubungan percintaan mereka putus di tengah jalan dan kini lebih komited di dalam mengukugkan karier seninya.

Tatkala ditanya tentang kekasih hati, Miera yang tampak lebih matang memberitahu buat masa ini dia mahu fokus dengan karier lakonan dan tahun ini sahaja banyak filem yang mengandingkan dirinya akan ditayangkan.

Tidak mahu perkara lama berulang kembali, Miera mahukan seorang lelaki yang lebih matang dan tahu apa yang diinginkan sebagai teman hidup dan kacak adalah satu bonus.