fbpx

Isu Babak Panas, Jakim Panggil Zul Ariffin & Produksi Drama

Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai sedutan babak panas dilakonkan oleh Zul Ariffin dan pelakon baru Siti Hariesa yang mengundang kecaman ramai.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Sinar Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk dua pelakon tersebut,

BACA:  Didukung Zul Ariffin, Pelakon Baru Siti Hariesa Dikecam Teruk

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya juga akan bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi berbincang dengan lebih lanjut.

Datuk Ahmad Marzuk berkata adegan ‘panas’ itu jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur” katanya.

Tambahnya lagi, warga industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara berkenaan.