fbpx

Pelakon Pekin Ibrahim berpendapat kes artis terlibat dengan dadah tidak perlu diperbesarkan kerana ia bukanlah perkara baru dalam industri hiburan.

Menurut Pekin, daripada mencari salah adalah lebih baik jika memberi peluang kedua kepada mereka ini untuk memperbaiki diri dan menyesali perbuatan tersebut.

BACA: Tiga Tahun Kahwin, Mona Allen & Pekin Jalani Rawatan Kesuburan

“Saya berpendapat isu dadah dalam kalangan industri kreatif tidak perlu diperbesarkan kerana ia bukan perkara baru lagi.

“Lebih baik fokus menjaga diri kita daripada mencari salah orang lain dan beri peluang kepada mereka yang terbabit dan tidak memperbesarkan isu ini. Apatah lagi ramai penangih di luar sana, mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian,” katanya.

Berkongsikan pandangannya mengenai isu tersebut sebelum ini, Pekin berkata perkongsiannya itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Terdahulu, pelakon Niezam Zaidi, pengarah dan kru produksi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.