Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai video tular memaparkan aksi pelakon Aliff Aziz dan aktres, Intan Najuwa berpelukan di Genting Highlands.
Memetik Astro Gempak, pengarah drama Jodohku Babysitter iaitu Hadith Omar berkata video tular itu merupakah salah satu babak dalam drama berkenaan.
BACA: Isu Berpeluk Dengan Intan Najuwa, Aliff Aziz Anggap Sebagai Ujian
“Daripada video itu sendiri kita boleh tengok ia adalah rakaman orang awam ketika penggambaran salah satu babak dalam Jodohku Babysitter.
“Babak itu adalah dimana Adam (Alif) sedang memujuk Adel (Intan). Rasanya itu adalah sikap semulajadi untuk suami isteri yang tengah memujuk dan melakukan babak sedemikian,” katanya.
Menurut Hadith lagi, hubungan Aliff dan Intan profesional serta mempunyai chemistry yang baik satu sama lain.
“Apa yang boleh saya katakan, hubungan Aliff dan Intan di set penggambaran sangat professional dan menghormati sesama mereka termasuk barisan pelakon yang lain. Chemistry sangat bagus!
“Hubungan dengan kru pun bagus. Kami semua dapat rasakan ikatan kekeluargaan itu sebab pelakon juga selesa melakonkan babak sedemikian,” katanya.
Memohon maaf kerana terlepas pandang dengan adegan bersentuhan dalam drama tersebut, Hadith turut mengakui kesilapan kerana memberikan kebebasan kepada pelakon untuk lakonkan apa yang mereka selesa.
“Saya juga rasa Aliff dan Intan melakonkan babak tersebut demi menghidupkan feel sebagai pasangan suami isteri, tidak lebih daripada itu.
“Kami pun terlepas pandang, saya terlupa batasan agama dan pergaulan. Daripada set itu saya mohon maaf sekiranya terdapat pihak tersinggung daripada video berkenaan. Apa yang boleh saya katakan ia berlaku atas dasar professional, tiada niat lain dan tidak sengaja tular,” katanya.
Dalam pada itu, Hadith berkata apa yang berlaku akan dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati serta peka dengan sensitiviti di masa akan datang.