fbpx

“Isu 3 Pagi JAWI Datang Rumah Tidak Benar” – Risteena

Selepas pelakon Ruhainies memuat naik kenyataan rasmi mengenai kes ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz, kakaknya iaitu pelakon Risteena Munim tampil mempertahankan adiknya.

Menerusi Insta Story, Risteena memuat naik bukti mesej dia merancang ke rumah Ruhainies pada malam kejadian. Malah, turut kelihatan mesej Ruhainies bertanyakan kakaknya sama ada mahu bermalam di rumahnya.

BACA: “Janganlah Serang, Nanti Saya Marah Makan Dalam” – Risteena

 

Risteena menjelaskan dia sepatutnya berada di sana bersama-sama namun terlambat kerana kesesakan jalan raya. Jelasnya lagi, dia tiba di rumah Ruhainies pada jam 11.30 malam.

Dedahnya lagi, isu pihak Jawi datang ke rumah pada jam 3 pagi adalah tidak benar. Risteena turut berkata Aliff dan Ruhainies sedar tentang khilaf mereka dan telah pun memohon maaf. Katanya lagi, siapa kita untuk menghukum mereka.