fbpx

Isteri TMJ Mahu Bantu Bella Tuntut Keadilan

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Malah, apa sahaja fakta yang keluar daripada mulut saksi yang juga bekas penghuni Rumah Bonda hari demi hari sememangnya mengejutkan ramai, serta tidak dapat dibayangkan keperitan dilalui adik Bella sepanjang empat bulan itu.

BACA: “Macam Mana Tidak Bekerja Tetap Ada Duit Bayar Peguam Mahal Dekat 10 Orang?”

Terbaru, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut tampil bersuara berhubung kes tersebut di Insta Story miliknya.

Menerusi entri itu, Che’ Puan Khaleeda berkata dengan kuasa yang dimiliki, beliau mahu membantu dengan melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan buat adik Bella.

Beliau yang turut terkesan dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi ada pihak yang disifatkan ‘pengecut’ mahu melarikan diri atas kesalahan dilakukan.

Che’ Puan Khaleeda turut memberikan pesanan kepada pihak terlibat bahawa karma akan menyusul sama ada di dunia mahukan di akhirat kelak.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” tulisnya.

Terdahulu, pengasas rumah Bonda iaitu Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.