fbpx

Isteri Syaiful Zero Kini Sah Hamil Dua Bulan

Tahniah diucapkan kepada Syaiful Zero, atau pun lebih dikenali sebagai Melati kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Syaiful memaklumkan bahawa isterinya, Asyura Rudy, 27 kini sedang hamil dua bulan.

BACA: Sekali Lafaz, Syaiful Zero & Pasangan Kini Selamat Bergelar Suami Isteri

“Alhamdulillah, isteri saya kini sudah masuk bulan kedua kehamilan,” jelas Melati kepada portal Media Hiburan. Melati selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, pada 24 Julai lalu.

Sebelum ini, pelawak itu telah diijabkabulkan pada Julai lalu di Kudat Sabah. Kami juga sempat bertanya mengenai perkembangan rumah keluarganya yang telah musnah dalam tragedi kebakaran pada Jun lalu.

“Rumah kami dalam proses pembinaan semula. Tapaknya, adalah di tapak lama, cuma kedudukan rumah-rumah di kawasan tersebut, tidak lagi serapat dahulu kerana mereka tidak mahu kejadian kebakaran berulang lagi,” katanya lagi. (rtky/s)