Isteri Ikmal Amry Mengidam Nasi Goreng Hotel Langkawi
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Ikmal Amry berkata dia berjaya merealisasikan hajat isterinya, Najla Shamsul yang kini sedang hamil anak pertama mereka.
Menurut Ikmal, isterinya yang kini sarat hamil tujuh bulan mengidam mahu menikmati Nasi Goreng di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
“Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam, ni paling susah nak dapatkan. Kenapa susah? Dia nak Nasi Goreng St Regis, Langkawi. Kitaorang makan Nasi Goreng ni time honeymoon.
“Tapi semua yang dia teringin nak makan Alhamdulillah Am tunaikan kecuali Nasi Goreng Ni Je Am hold dulu. Ye lah Langkawi weh!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ikmal meluahkan rasa syukur apabila hajat tersebut dapat ditunaikan apabila dia mendapat tawaran berlakon filem di Langkawi selepas dua minggu isterinya mengidam ingin makan nasi goreng tersebut.
“Tapi Allah sebaik perancang. Lepas dua mnggu dia teringin nak makan tu. Am dapat satu offer filem shoot di Langkawi. Allahuakbar.
“Ni rezeki awak sayang, Allah susun cantik je. Am dapat shooting di Langkawi supaya boleh bawak you makan di St Regis Langkawi,” tulisnya.
Terdahulu, Ikmal dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 19 Disember tahun lalu.
- SUMBER
- Media Hiburan
ngada2…Itu pun nak bilang orang ke? penting ke? tak kan? engkau siapa? cuma pelakon je kan? ye eleh..
??whatever…
Tu pun nk bgtau org ke? Nkkn sgt pegi je le langkawi ke pangkor ke xyah nk war2kan..mcm le org nk tau sgt..sape pelakon ni? Sumpah x knl langsung hahaha..
ye nmpk mcm begitu..ttp jgnlaaa mcm tu kwn2..satu hr kita akn menglami mcm mereka jugak…tp bkn di media sosial…myb kita di IG.FB OR WHATAPS…kann….
aku rasa tu ig dia so sukahati dia lah kan nak buat korang yg bitter sngat knape tak suka jgn tgk tu je
aku rasa tu ig dia sukahati dia lah nak buat apa yg korang bitter sngat knape tak suka jgn tgk tu je
Kau nak makan nasi goreng USA nun jauh di Amerika pon kezzah hapa aku. Bini kau artis kah? Nak muntah banyak attention seeker bukan artis menyemak. Kau ja pelakon. Bini kau siapa? Tak minat pon nak tahu. Bini artis bbnu dan artis baru suka tumpang limelight pasangan yah? Laki Nynaa. Bini Haqiem. Bini Shuk.