Isteri kepada Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri menyenaraikan 10 alasan mengapa dia mahu bercerai dengan aktor berkenaan dalam sebutan hari ini.
Memetik mStar Online, peguam yang mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim berkata alasan yang disenaraikan disifatkan kritikal yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
BACA: “You Boleh Judge Secara Luaran Tapi Yang Melalui Saya” – Isteri Edika Yusof
Menurut Yazid lagi, pihaknya tidak dapat mendedahkan alsan berkenaan kerana boleh mengaibkan Hidayah.
“Sebab yang kami berikan adalah paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Ia dah lama berlaku dan patut diselesaikan sejak dulu lagi. Ada 10 dakwaan terhadap Edika termasuk mencemarkan maruahnya sebagai isteri,” katanya.
Sementara itu, Yazid berkata Hidayah sudah lama bertahan demi menjaga maruah keluarga dan jika alasan tersebut dibentangkan ianya akan mencemarkan maruah anak guamnya.
“Hidayah bermurah hati mahu menjaga maruah keluarga selama ini. Baru sekarang dia ada kerelaan hati memfailkan cerai. Kalau saya bentangkan di sini, ia akan mencemarkan maruah Hidayah sebagai isteri,” katanya.
Hari ini berlangsung sebutan kedua kes permohonan cerai Hidayah dan mahkamah menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan kes.
SUMBER: mStar Online