Pasangan pempengaruh Aslam dan Umisya Mazlan menjadi perhatian ramai ketika bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, Misya dilihat menggayakan tudung jualannya serta mengatakan tiada salahnya jika wanita tampil cantik untuk suaminya.
BACA: Aslam ‘Suprise’ Bunga, Hadiahkan Misya Gelang Emas RM10k
Bagaimanapun, Aslam mengatakan isteri tidak perlu bercantik untuk tatapan umum keluar cukuplah jika cantik di mata suami. Namun, jawapan balas diberikan oleh Misya sekaligus membuatkan netizen terhibur.
“Tampil cantik ni untuk suami. Lagipun orang luar akan puji ‘pandainya suami dia jaga isteri. Isteri dah cantik pun ada suami yang cari lain, apatah lagi kalau selekeh,” katanya.
Sementara itu, Aslam turut menyebut mengenai drama Dia Bukan Syurga dimana si suami tidak izinkan isterinya mengenakan mekap apabila keluar dan hanya boleh berhias ketika di rumah sahaja.
Tidak hanya berdiam diri, Misya mengatakan kalau lelaki memang berniat untuk ada wanita lain, isteri berhias atau tidak tetap akan lakukan juga.
“Lelaki kalau nak cari lain isteri mekap ke tak mekap ke sama je, dia cari juga. Ha ha bernanah telinga kau terbakar ke?” selorohnya.
Sumber: Xtra