Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki serta memalukan selebriti yang ternarai dalam Blockout2024.
Memetik Kosmo, Siti berkata seandainya mahu memberi teguran perlulah beradab seperti mana yang diajarkan agama.
“Tidak baguslah cara tersebut. Agama Islam ajar jika mahu mengajar atau menegur orang mestilah beradab. Kalau tidak suka diam. Boleh buat sesuatu (Blockout 2024) tetapi tidak perlu sampai memalukan dan memaki orang.
“Kita mahu buat perkara yang mempertahankan agama, jadi harus ikut cara agama kita. Seperti saya kata, tak suka boleh block dan diam,” katanya.
Sementara itu, Siti enggan mengulas mengenai selebriti yang tersenarai dalam gerakan tersebut dan dia menyambut baik kempen memboikot produk antarabangsa yang berkaitan zionis.
“Kempen ini adalah trend dari luar negara dan telah masuk ke Malaysia. Cuma saya tidak mahu sentuh tentang artis lain sebab masing-masing mempunyai alasan dan sebab tersendiri.
“Semua orang ada pilihan masing-masing. Jika tanya saya sebagai seorang usahawan baguslah, sekurang-kurangnya produk tempatan akan mendapat sokongan secara tidak langsung boleh berkembang,” katanya.
SUMBER: Kosmo