Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menjadi perhatian apabila Ira Kazar dilihat ada dalam video berkenaan.
Melihatkan kemunculan Ira dalam sesi live itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen seolah kurang senang dengan kehadiran isteri kepada Syamsul Yusof itu.
BACA: Dulu Dibenci, Ira Kazar Makin Disayangi
Meskipun pelbagai komen buruk dilemparkan terhadap Ira, namun dia dilihat tenang serta tidak mempedulikan kata-kata kecaman yang diemparkan oleh netizen.
Turut menjadi perhatian apabila Nur Nilam memberitahu Ira sedang menerima kifarah atau balasan atas perbuatannya. Katanya lagi, Ira sudah reda dan ikhlas dengan ujian yang dilaluinya.
“Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia.
“Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga,” katanya.
Ira bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi terhadap kata-kata Nur Nilam itu dan hanya sesekali tersenyum sambil bermain telefon.
Kenyataan itu menimbulkan rasa ingin tahu netizen serta tanda tanya dan memintanya bercerita lebih lanjut mengenai kifarah diterima Ira.
Terdahulu, Syamsul mengumumkan sudah pun berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar Saisi.