Iqbal Tak Sanggup Tengok Zul Ariffin Dikecam Teruk

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Zul Ariffin yang dikecam teruk selepas memuat naik sedutan babak panas dalam drama Perempuan Itu.

Perkara itu turut mendapat perhatian usahawan yang juga pelakon drama tersebut, Iqbal Zulkifli yang tidak sangguup melihat aktor itu dikecam bertubi-tubi.

BACA: Kongsi Video Babak Panas, Zul Ariffin Bakal Disiasat

“Saya tidak sanggup lihat Zul Ariffin dikecam bertubi-tubi. Hampir setiap hari saya menjalani penggambaran bersamanya dan setiap hari juga saya belajar menjadi orang yang tenang seperti Zul Ariffin.

“Tetapi kali ini, apabila dia memerlukan semangat, saya rasa bersalah. Walaupun mulut dan riak wajahnya tetap senyum, saya tahu dia memerlukan sokongan,” luahnya.

Dalam luahan dikongsikan di Insta Story itu, Iqbal menyifatkan Zul seorang yang paling tenang dan bersikap terbuka yang pernah dikenali selama ini.

Ujarnya lagi, ketika orang ramai menghentam, namun dia memilih untuk menjadi penguat disaat seseorang itu memerlukan semangat.

Semalam, Zul tampil membuat permohonan maaf di Insta Story miliknya. Menurutnya, dia akan lebih meneliti dan berhati-hati sebelum memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial

×