Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama, bayi perempuan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya matanya itu yang diberi nama Imane Lunara.
BACA: Intan Najuwa Berang Dituduh Tak Basuh Baju Bayi
View this post on Instagram
Dalam hantaran berkenaan, Intan turut memuat naik gambar memaparkan keadaannya selepas melahirkan cahaya matanya itu namun wajah bayinya ditutup dengan emoji hati warna merah jambu.
Terdahulu, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.