“Nak Cari Lelaki Berduit, Kita Kena Ada Duit Dulu”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Intan Najuwa memuat naik gambar sedang bersandar di bahu seorang lelaki yang merupakan bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli.

Mengakui masih mempunyai hubungan baik dengan bekas tunangnya itu, Intan berkata dia memuat naik gambar itu sekadar suka-suka sahaja, bukan mahu mencetuskan kontroversi.

BACA: Intan Najuwa & Razrul Tak Pernah Putus Tunang?

Terbaru menerusi Insta Story, Intan dilihat menjawab pertanyaan netizen berhubung dakwaan dia hanya memilih lelaki yang kaya dengan wang ringgit.

Tidak melatah dengan soalan netizen itu, Intan berkata jika perempuan itu tidak berduit, lelaki yang berduit pun tidak memandang.

Intan turut menyindir jika wanita itu pemalas memang layak mendapat lelaki pemalas juga.

Kata Intan lagi, dia hanya ketawa apabila ada netizen menggelarnya ‘gold digger’.

“Konsepnya mudah. Awak takde duit, lelaki yang berduit pun taknak kat awak. Depa tak pandang pun.

“Awak pemalas jadi elok la dapat lelaki pemalas juga. Jangan berangan.

“Sebab tu bila ada orang cakap saya golddigger, saya ketawa je,” tulisnya.

Intan dan Razrul yang merupakan seorang ahli perniagaan putus tunang pada Februari lalu selepas hampir 10 bulan mengikat tali pertunangan kerana tiada persefahaman.

×