Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai isu sondol menyondol melibatkan mereka yang sudah berkahwin termasuk di kalangan selebriti.
Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia menjaga batas pergaulan dengan pelakon berstatus suami orang.
BACA: Intan Najuwa Selamat Bersalin, Pilih Nama Imane Lunara
@inayahbeautytrading Bahayakan zaman skrg ni?#intannajuwa #datinintannajuwa #fattahamin #anandanatasha #fattasha #silentsupportsekufu #lovesekufu #fyp #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop
“Saya memang betul-betul jaga. Kalau pelakon lelaki lagi-lagi sudah beristeri, saya akan friend zone kan terus,” katanya.
Sementara itu, Intan berkata dia memiliki personaliti yang kasar dan bukannya seorang yang manja. Katanya lagi, apabila bergandingan dengan pelakon sudah berkahwin dia akan ‘friend zone’ awal-awal.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap Intan yang menjaga maruah sebagai seorang isteri serta dilihat ‘mahal’.
SUMBER: Oh Bulan