fbpx

Intan Najuwa Dedah Suami Bertongkat Sebab Jatuh Kuda

Sempena 1 Syawal lalu, perkongsian pelakon Datin Intan Najuwa menjadi perhatian apabila memuat naik gambar raya bersama suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Apa yang menjadi bualan apabila suaminya dilihat tampil bertongkat. Menerusi video di TikTok, Intan menjelaskan suaminya bertongkat akibat jatuh ketika menunggang kuda.

BACA: Sukan Berkuda Rapatkan Hubungan Intan Najuwa & Suami

“Jangan tanya kenapa suami saya pakai tongkat. Dia baru lepas jatuh kuda. Ada masa dia okey, ada masa datang sakit dia. Saya pun pening. Degil, seminggu sebelum raya pergi naik kuda,” tulisnya.

Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang menyangka suami Intan bertongkat kerana mahu mengikut trend sekarang.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat penampilan suami Intan bertongkat sesuai dengan gaya Azraf yang berstatus Datuk.