Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia akan membeli barangan dapur setiap dua minggu untuk seisi keluarga termasuk pembantu rumah serta pengasuh.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata setiap kali membeli barangan dapur pasti akan memborong sehingga lima troli dan rumahnya seperti ada kenduri.
BACA: “Nampak Singlet Terus Nampak Cheap” – Intan Najuwa Bidas Netizen
“Kebiasaannya kita akan berakhir dengan empat hingga lima troli ketika membeli barangan runcit.
“Sebab dekat rumah ramai orang jadi setiap dua minggu saya akan beli tujuh hingga lapan ekor ayam. Tak termasuk dengan makanan laut, daging dan lain-lain. Dekat rumah hari-hari macam kenduri,” katanya.
Sementara itu, Intan berkata kerja-kerja pembersihan bahan mentah akan dilakukan oleh pembantu rumah serta memastikan barangan masakan itu akan isimpan dengan baik.
“Kebiasaannya, pembantu akan bersihkan dan siang ikan semua sebab mereka terlebih rajin. Mereka akan letakkan barangan basah dalam tupperware dan susun dalam tempat penyejuk beku. Dapur dan pantri dah macam kedai runcit, kedai tomyam pun ada,” katanya.