fbpx

Intan Ladyana Selamat Bersalin Anak Lelaki

Tahniah buat pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif yang selamat menimang cahaya mata kedua, bayi lelaki hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Aliff sebentar tadi memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.06 kilogram secara normal pada jam 12.45 tengah hari.

BACA: Harris Alif, Intan Ladyana Bakal Timang Anak Lelaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Sementara itu, Harris bersama anak pertamanya, Evie Khadeeja sempat membuat panggilan video selepas isterinya selamat bersalin.

“Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ni kita pergi tengok adik,” katanya,

Difahamkan, Harris tidak dapat bersama Intan kerana perlu menjaga anak pertama mereka dan ibunya yang menemani isterinya.