Pelakon Intan Ladyana tidak dapat menahan sebak apabila menghantar anak sulungnya, Evie yang kini sudah masuk sekolah tadika.
Menerusi video dikongsikan suaminya, Harris Alif, Intan dilihat mengalirkan air mata kerana terpaksa berpisah seketika dengan anaknya itu.
BACA: Intan Ladyana Selamat Bersalin Anak Lelaki
View this post on Instagram
Memetik mStar Online, Harris berkata sudah pasti isterinya sedih apabila bertama kali berpisah seketika kerana Intan dan anak sulung mereka sangat rapat.
“Mestilah sebak, daripada kecil Evie duduk kat rumah. Rumah itu rasa sunyi bila Evie tiada. Saya pun masih tenangkan dia lagi. Intan memang terasa kehilangan betul sebab dia memang rapat dengan Evie,” katanya.
Sementara itu, Harris berta anaknya itu teruja bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah serta berharap pendedahan awal persekolahan itu dapat membantu perkembangan anaknya.
Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Evie dan Umar yang kini berusia lapan bulan.
SUMBER: mStar Online