Umum mengetahui, penyanyi Salamiah Hassan sudah pun tampil berhijab. Susulan itu, ada yang mempersoalkan bila pula anak perempuannya, Atilia Haron mengikut jejak ibunya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Baru-baru ini, menerusi video dikongsikan Kiffy Razak di TikTok, Atilia berkata berharap dia bertudung apabila sudah bersedia dan bukan kerana dipaksa.
BACA: Pakai Baju Tanpa Lengan, Netizen Terkejut Tengok Atilia Haron Bertatu?
@krkiffy Dao yang baik2… Semoga dipermudahkan semuanya. Aamin? #lotsoflove #doayangbaikbaik #staysafe #kitajagakita #fyp #foryourpage
“Mama pun ada cakap, kenapa bertudung jadi isu. Ramai telefon dia tanya pasal bertudung, dia pun malas nak jelaskan. Biar jelah, memang dah sampai waktunya dia nak bertudung.
“Tapi pasal saya ni, dia cakap biarlah bila dah bersedia, sama macam dia juga. Bila dia dah sedia nak pakai tudung, alhamdulilah dia dah pakai walaupun tiada orang paksa.
“Dia pun nak sama macam anak dia, tiada siapa paksa dia, nanti saya sendiri nak bersedia pakai tudung. Doa-doakanlah,” katanya.
Sementara itu, penyanyi berusia 50 tahun itu berkata dia selesa dengan penampilan sekarang namun memohon peminatnya mendoakan agar dia akan bertudung suatu hari nanti.
“Insyallah, satu hari saya akan pakai tudung. Buat masa sekarang saya selesa macam ini, dengan kerja-kerja yang saya lakukan,” katanya.