“Inilah Realiti, Artis Nak Lafaz Cerai Pun Boleh Ada Live Coverage”

Perkongsian pengarah terkenal, Ahmad Idham di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila memuat naik status mengenai kisah artis bercerai.

Menerusi entri itu, Idham berkata ini realiti sebenar apabila orang ramai lebih berminat dengan kisah artis bercerai sehingga ada liputan secara langsung (live).

BACA: Anak Istimewa Jadi Bahan Jenaka, Ahmad Idham Tegur Kumpulan UBI?

Bagaimanapun, Idham berkata perkara bermanfaat seperti artis meraikan konvokesyen langsung tidak ramai yang berminat.

Tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun perkongsian itu susulan hangat diperkatakan kes sebutan permohonan cerai Nur Fazura dan Fattah Amin hari ini.

×