Bila menjadi rakyat Malaysia ni, kita harus menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk terus bertahan, memandangkan PKS seperti ini sering kali berdepan dengan pelbagai cabaran.
Lebih ketara lagi semasa musim COVID-19 melanda negara. Kami yakin korang sendiri boleh nampak bagaimana golongan PKS bangun dan memulakan kembali rutin mereka bila semuanya kembali seperti sedia kala.
Sebagai rakyat yang patriotik, ini sebab kenapa korang harus membeli barangan yang dijual oleh PKS. Banyak tau faedah yang dapat!
1. Perkhidmatan Yang Terbaik

Sumber google
Pemilik perniagaan kecil dan industri pasti akan berusaha keras memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya bagi memastikan syarikat terus mandiri.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan membina hubungan yang baik dengan masyarakat bagi memastikan perniagaan mereka sentiasa menjadi pilihan dan berdaya saing.
2. Produk Yang Unik
Jika diperhatikan, beberapa produk yang dihasilkan oleh PKS begitu sukar untuk ditemui di tempat lain. Ini menjadikan ianya istimewa dan sebagai pelanggan korang patut mendapatkannya.
Sebagai contoh, produk keropok yang dihasilkan daripada ikan patin di Jerantut begitu unik sekali dan sukar didapati. Jika korang hanya mahu dapatkan produk yang biasa, korang akan temui perkara seumpama itu secara pukal di tempat lain.
3. Menyokong Hasil Tangan Orang Tempatan

Sumber google
Perniagaan kecil dan sederhana pastinya hadir dengan barangan yang penuh dengan kreativiti. Terdapat begitu banyak sekali PKS yang menjual produk-produk hasil tangan daripada tempatan misalnya seperti tanjak.
Ianya adalah item yang sukar dijumpai dan merupakan barangan yang mempunyai harga yang tinggi untuk dijual.
Berita Baik Buat Golongan PKS
Disebabkan perkara seperti ini lah golongan PKS sering mendapat perhatian badan-badan yang bertanggungjawab. Terbaru SME Bank menyediakan pelbagai pilihan lengkap di SME Bank XCESS 2022.
Usahawan PKS yang mencari penyelesaian mengenai keperluan pembiayaan dan pembangunan perniagaan, kini boleh mendapatkan pelbagai pilihan lengkap di SME Bank XCESS 2022, acara padanan perniagaan nasional berbentuk hibrid yang bakal berlangsung pada 11 Ogos di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
SME Bank XCESS 2022 menawarkan peluang kepada peserta untuk mendapatkan akses kepada pelbagai pakej pembiayaan daripada SME Bank serta agensi lain di bawah Kementerian (KUSKOP), penyertaan dalam Program Umbrella SME Bank, Program Pembangunan Vendor, Assets Link, Perkhidmatan Takaful dan HalalXcess.
Jangan tak tahu, SME Bank XCESS 2022 akan turut disertai oleh rakan perdagangan dan juga PKS antarabangsa seperti dari negara Thailand dan Jepun. PKS tempatan akan dapat berhubung dan meneroka secara langsung dengan peserta antarabangsa ini mengenai kemungkinan menjadi pembekal, pengimport atau rakan kongsi perniagaan. Usaha ini dijangka dapat mewujudkan jangkauan pasaran yang lebih luas kepada usahawan.
Selain itu, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) anak syarikat milik penuh SME Bank juga akan turut menawarkan pelbagai program pembangunan yang dibentuk untuk menyokong pertumbuhan PKS di negara ini. Sehingga kini, CEDAR telah melatih dan membimbing 68,599 orang peserta dalam pelbagai program latihan keusahawanan.
SME Bank XCESS 2022 terbuka kepada semua usahawan. Disebabkan kapasiti terhad, kehadiran fizikal adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ dan tiada had untuk peserta atas talian.
Korang yang berminat untuk menyertai dikehendaki mendaftar DI SINI. Sebagai alternatif, pautan ke laman web pendaftaran boleh di akses dari laman web SME Bank, platform media sosial SME Bank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-2603 7700.