Ini Punca Orang Teluk Intan Sangat Bertuah

Teluk Intan merupakan salah satu lokasi percutian dan juga tarikan pelancong yang sangat menarik. Kehadiran pelancong setiap hari membuktikan bahawa Teluk Intan mampu untuk terus berkembang menjadi salah satu lokasi yang mampu memberi aura positif buat kawasan sekelilingnya.

Rata-rata penduduk Teluk Intan sememangnya sungguh senang dengan apa yang dibangunkan di sekitarnya sekaligus membuatkan mereka merasa sangat bertuah menjadi penduduk di situ. Pembangunan yang konsisten di kawasan ini pastinya adalah hasil Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) iaitu Datuk Seri Mah Siew Keong.

Malah menurut Zabidi Othman (77 tahun) yang juga merupakan penduduk di situ dan bekas pengetua di Changkat Jong, dia mengagumi usaha Mah yang seringkali merancang projek pembangunan di kawasan luar bandar selain turut mendekati penduduk di sana.

“Mah menjalankan tanggungjawabnya denga baik malah kaum Melayu di sini tidak henti-henti memberikan sokongan di sini. Kami percaya bahawa Mah pastinya mendapat kepercayaan pengundi Melayu di sini,” jelas Zabidi lagi.

Setelah mendapatkan semula Teluk Intan pada pilihanraya 2014, Mah sentiasa dekat dengan masyarakat Melayu malah ramai yang mengagumi sifat rendah dirinya.
 
“Jika ada sebarang program di kampung, pasti dia hadir. Tahun lepas ada majlis di surau Taman Seri Setia. Dia tetap datang walaupun kita tahu dia tengah sibuk malah program-program lain dia turut tidak ketinggalan untuk menhadirkan diri”

“Mah ini orangnya mudah untuk didekati dan sentiasa mendengar masalah yang dihadapi di sini. Masyarakat Melayu di sini tiada masalah dengan Mah dan kami memang sukakan dia,” kata Zabidi lagi.

Sementara itu, bagi Sharuddin Darus yang berusia 54 tahun, Mah selaku presiden parti telah membuktikan bahawa dia sangat mengambil berat tentang kebajikan dan juga keperluan warga kampung yang memerlukan.

“Dia berusaha keras untuk membantu masyarakat Melayu di sini. Untuk bulan ini, dia telah mengaturkan perjumpaan klinik mata dan dalam majlis itu, 6,000 pasang cermin mata telah diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan kurang jelas.

Malah tambah Sharuddin, Mah turut menitikberatkan kesihatan penduduk selain pernah memberikan 40 kerusi roda bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan di Teluk Intan.

“Lebih 5,000 keluarga di Kampung Selabah, Kampung Terengganu, Kampung Batak Rabit and Kampung Sungai Nibong telah mendapat manfaat daripada projek pemindahan banjir yang dijalankan.

Bagi seorang guru pencen Maimunah Ibrahim, 60 tahun pula, dia tidak menafikan bahawa masyarakat Melayu sememangnya memerlukan ketua seperti Mah kerana dia sangat prihatin selain tidak berkira dalam memberikan sumbangan.

“Jika ada majlis kenduri kahwin atau pengebumian, mesti Mah datang. Memang sejak dia jadi Anggota Dewan Undangan Negeri lagi dia sudah memberikan contoh yang baik. Kami tak kisah dia berbangsa Cina kerana dia memang mengambil berat terhadap semua kaum.

“Untuk pilihanraya kali ini, kami akan cuba yang terbaik untuk memastikan dia menang,” kata Maimunah.

Mengetahui tentang kekuatan hubungan masyarakat berbilang kaum di Teluk Intan, tidak mustahil Mah mampu untuk terus menjadi tunggak utama dalam memberikan yang terbaik buat penduduk di kawasannya itu.

×