Ini Jawapan Neelofa Bila Ditanya Tentang Aurat Adik Beradik
Pasti ramai tahu selebriti popular Neelofa dan Izara Aishah sudah lama bersahabat baik sejak terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja.
Ketika itu Neelofa dinobat sebagai Juara manakala Izara pula menduduki tempat kedua. Lebih manis kedua-dua mereka kini sudah berhijrah ke arah lebih baik.
BACA: Takut Kena Penyakit Ain, Neelofa Minta Peminat Bersabar Nak Tengok Wajah Bilal
Baru-baru ini, Izara dan Neelofa ada memuat IG live. Menerusi sesi itu beberapa soalan telah dijawab dan ada diantaranya mengenangkan kembali perjalanan seni mereka.
@ainun.umirah Semoga kita semua dapat menutup aurat dengan sempurna ?? #izaraaishah #neelofa #fyp #ainunumirah #foryou #HadaLaboRayaGlow
Bagaimanapun, satu soalan menarik ditanya bagaimana cara Neelofa menegur adik-adik yang belum berhijab. Jawapan yang diberikan Neelofa ternyata menjadi perhatian ramai.
Neelofa mengakui dia masih banyak kekurangan dan bukanlah sempurna. Namun, ujarnya dalam soal aurat kita tidak boleh berkompromi kerana ia adalah suruhan Allah yang perlu diikuti.
Jawapan diberikan Neelofa mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa ianya isu sensitif jika berkaitan ahli keluarga.
Dalam pada itu, ramai memuji kedua selebriti itu yang yang banyak berubah lebih-lebih lagi setelah berumah tangga dan kini keduanya sudah mempunyai cahaya mata.
- SUMBER
- Ohmymedia
Mmg tak dinafikan lah susah nak negur adik beradik…kdg2 org tua pun payah nak ditegur…berat. Apapun dua2 ni mmg cantik, tak salah pun menang dulu. Alhamdullilah…dua2 berubah kearah kebaikan.
Tebalnya make up Izara, awat x make up sikit2 biar nmpk natural beauty je? Mmg la xde manusia yg sempurna pun Lopak weh, tp dakwah ni kena mula dari org paling rapat dgn kita dulu. Ni dlm socmed utk marketing korg sembang islamik sesangat tp dgn suku sakat ulu benak kau sembang x ingat mati pun.
Jeles Huh ni as if perfect macam kuarga die semua very Islamic very perfect religious tegur neelofa lagi tue orang dah lama niaga ko sape mesti lah nobody nak mengajar pun di Rotikaya. jeles Neelofa cantik ke. I x peminat neelofa tapi bila baca Komen kampung Sakai nak muntah
Neelofa dengan Fazura honest opinion Neelofa style hijab sesuai umur die yang Fazura style sesuai umur die Dua Dua pun ok tapi bagi adult umur siti saleha umur dah 30-35 style Fazura elok yang Neelofa umur style die 20-32
Dulu tak pakai tudung ok pulak so tolong jangan impose your beliefs kat orang, so hipokrit
Heran
Tak perlu ungkit masa silam org, semua org ada buat salah & dosa, samalah kita sendiri pun sbb kta bkn nabi yg maksum & kita jg bkn malaikat, kita sepatutnya lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Pendosa yg bertaubat lebih baik dari org alim yg baik.
Maaf pembetulan..org alim yg riak
Maaf pembetulan…org alim yang riak.
Ckp directly…sekurang²nya kita terlepas dr menunaikn hak…tanda iman yg paling lemah iaitu mmbenci didlm hati perkara yg melanggar perintah ALLAH sesuai utk tegur org² di luar tanggungjwb kita…keluarga masih lg bole tegur..dia bole terima atau tidak itu cerita lain..hidayat bukan kita yg pegang…apapun secara hikmah sesuai keadaan lh…