fbpx

Kecoh juga sehari dua ni bila ada orang cakap yang satu jenama ni setaraf LV. Huish…biar betul? Dan yang paling padu bila mereka cakap produk tu sekarang ni memang tengah viral. Aduhai, kami ketinggalan bas ke ni?

Memang tak duduk diam, kami cari juga lah pasal jenama ni. Lah, VANZO rupanya. Siapa yang tak kenal dengan wangian kereta dari jenama VANZO ni. Ia adalah pewangi kesihatan yang pertama di Malaysia tau.

Apa yang paling menarik sekali apabila perfume kereta ini menggunakan bahan mentah Jepun yang mempunyai 125 tahun pengalaman iaitu OGAWA dan TAIYO. Memang kami amazed sangat dengan mereka.

Mira Filzah Jadi Duta Gais!

Nak tahu apa yang paling kami suka. Si cantik manis pujaan hati jejaka-jejaka Malaya, Mira Filzah dilantik sebagai duta! Uish lagi letop lah hampa ui. Terus rasa nak beli perfume VANZO ni sekarang tau. Excited!

Lepas ni kalau beli perfume kereta VANZO terus teringat Mira Filzah tau. Tapi tulah, anda mesti dah perasan kan kalau bab perfume kereta ni, memang dah banyak dijual kat luar sana tu. Tapi nak dapatkan bau yang betul dengan taste memang susah juga lah, ye dok?

Kadang-kadang tu rasa macam nak cari pasangan hidup. Macam Ryzal dengan si Maryam tu, alah pasangan DurianKimchi tu. Nak dapatkan keserasian dari 2 negara ni susah tau. Hah, macam tu juga kami rasa bila nak cari perfume yang sesuai dengan jiwa. Agituh!

VANZO juga menggunakan teknologi terbaru Jepun (OEF), yang boleh menghapuskan bau hapak, bau rokok, dan wanginannnya ini sangat lembut dan selesa! Memang power!

Dan yang paling best tak memeningkan kepala. Yelah ada sesetengah perfume kereta ni kalau diletakkan di tengah-tengah panas, bila masuk kereta jer, pergh dia punya bau tu gais, menyucuk-nyucuk kepala tau. Tapi VANZO ni memang lain!

VANZO Duo Series

Sekarang ni bukan untuk perfume kereta jer gais, mereka turut keluarkanVANZO New Generation Duo Series. Jadi anda boleh pilih VANZO DUO SERIES ini yang boleh guna kat rumah dan juga kereta!

Bukan tu jer, anda juga boleh meletakkan perfume ni di pejabat. Wangiann ini juga anda boleh ejas baunya ikut kesukaan anda, dari bau lembut hingga lah kuat.

Anda hanya masukkan 1 hingga 2 batang stick untuk bau yang lembut, 3 hingga 4 batang stick untuk bau sederhana dan 5 hingga 6 batang stick untuk bau yang kuat. Terpulang pada anda.

Bila dah habis, jangan risau, anda boleh refill semula dengan membeli refill pack saja.

Popular Di Luar Negara

Kalau anda nak tahu, VANZO sekarang ini popular di Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Singapore, Brunei dan China tau. Bukan itu jer, VANZO mendapat sijil SGS Antarabangsa iaitu tanpa formaldehyde, toluene dan benzene.

VANZO Duo Series juga mendapat kelulusan SGS Antarabangsa yang mana ianya dapat membasmi kuman dan bila anda hidu bau ni ia tak mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

2 Bau Wangian Yang Sangat Harum!

Betul amazing weh perfume VANZO ni. Ada 2 bau wangian yang sangat harum dan pasti anda jatuh cinta.

Classic Blossom bau wangian adalah campuran bunga dan baunya seakan wangian di hotel 5 bintang. Boleh la fefeeling stay hotel mahal kan? Masuk rumah je terus terasa macam di hotel. Agituw!

Wangian yang kedua pula adalah English Pear dan Freesia. Bau wangian campuran wangian pear dan bunga freesia yang baunya sangat lembut dan selesa.

Kewangian bau ini boleh dipilih dengan cotton stick yang disediakan:

1. 1-2 batang stick (bau lembut)

2. 3-4 batang stick (bau sederhana)

3. 5-6 batang stick (bau kuat)

So gais, anda boleh pilih mana yang anda suka okay!

18 Saat Sebotol Terjual

Jenama VANZO ni pasti tak mengecewakan anda. Siap masuk MALAYSIA BOOK OF RECORDS lagi bila dalam masa sebulan jer dah boleh menjual 141,448 pcs, 18 saat sebotol dijual. WOW!

VANZO sekarang juga boleh didapati di luar negara seperti Singapore, Brunei, Hong Kong, Taiwan, Vietnam dan China.

Untuk info lanjut anda boleh terus klik link kat bawah:

Facebook: Vanzo Malaysia
Instagram: Vanzo_official
Website: www.vanzoasia.com